Terma dan Syarat Pembelian & Penggunaan
Berikut adalah terma dan syarat untuk "Pakej Ebook Panduan Wordpress" atau dikenali juga dengan "Siri 1 Kit Blogger Malaysia". Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.
Harga Ebook, Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Ruang Support Khas
1. Harga tetap untuk Pakej Ebook ini adalah RM45.00. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.
2. Harga RM45.00 adalah untuk "Ebook Panduan Asas Wordpress", "Pelan Tindakan Blog", "Ebook Buat Duit Dengan Blog", "Tutorial Plugin Adsense", "Tutorial Add Link & Category" dan "Tutorial Kajian Keyword". Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga pakej ini. Maka, bonus 'add on' yang dinyatakan di laman "sales letter" bila-bila masa boleh diberhentikan penawarannya.
3. Jika kami dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang. Pakej ebook ini hanya boleh diperolehi melalui laman web bloggingsteps.com/kit dan reseller-reseller yang sah sahaja.
4. Pakej Siri 1 Kit Blogger ini lebih menumpu kepada "Cara Membina dan Memulakan Blog Dengan Betul". Pakej ini tidak sama sekali mengajar secara khusus mengenai program affiliate, google adsense atau cara buat duit dengan cara-cara yang lain. Namun ia akan disentuh juga secara umum sahaja.
5. Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.
Penerimaan Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook
1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah dinyatakan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.
2. Anda sebagai pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada anda.
3. Link download ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.
4. Sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporakan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut.
5. Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat di-download dengan sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku, kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.
Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Pakej Ebook Wordpress ini.
Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli Pakej Ebook Wordpress ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.
| Home | Penafian | Terma & Syarat | Pembelian |
|